MARMUT
Cara Penjagaan Guinea Pig :
Anda hanya memerlukan beberapa perkakas…
- Rumah / sangkar untuk Guinea Pig (selalunya besar, macam sangkar kucing)
- Tray / alas untuk tadah najis kecing berak cirit Guinea Pig
- Habuk kayu sebagai tempat tidur Guinea Pig yang empuk
- Habuk kayu sebagai tempat Guinea Pig melawas.
- Makanan seperti Palette, buah.
- Sayur sayuran untuk Guinea Pig
- Bekas makanan dan bekas minuman untuk Guinea Pig
- Tempat untuk Guinea Pig main dan bersembunyi .
Pembiakan
Tempoh matang guinea pig betina adalah di antara 4
hingga 5 bulan. Ada juga yang berpendapatan berat guinea pig betina juga
memainkan peranan penting, iaitu sekurang-kurangnya 1.75 paun sebelum dibiarkan
mengawan. Bagi guinea pig jantan pula, tempoh matangnya adalah di antara 5
hingga 7 bulan.
Bagaimanapun, anda tidak boleh membiarkan guinea pig betina anda
bunting sekiranya umur guinea pig betina tersebut melebihi 8 bulan. Ini kerana
pada waktu tersebut, tulang pelvisnya sudah lemah dan boleh membahayakan serta
membawa risiko kematian si ibu dan anak di dalam kandungan. Guinea pig juga
tidak boleh bunting terlalu kerap. Semakin kerap ia bunting dan melahirkan,
semakin pendek jangka hayatnya. Malah, yang baru sekali melahirkan juga
berisiko tinggi untuk terdedah dengan pelbagai penyakit.
Tetapi tugas guinea pig jantan bukan semudah itu, guinea pig
betina yang rasa terganggu dengan guinea pig jantan yang ingin mengawan akan
memancutkan air kencing ke muka guinea pig jantan dan kadang-kadang menggigit
telinga guinea pig jantan tersebut.
Tempoh kehamilan guinea pig adalah 59-72 hari. Semakin
panjang tempoh kehamilan, semakin kecil jumlah bayi di dalam kandungan dan
begitu juga sebaiknya. Pada waktu ini, guinea pig betina memerlukan
lebih vitamin C dan meminum lebih banyak air berbanding biasa. Bentuk badannya
juga berubah kepada bentuk seakan-akan buah pir. Malah selepas 7 minggu, anda
dapat melihat sendiri pergerakkan bayi di dalam perut guinea
pig betina. Selepas 2 minggu, ia akan melahirkan pada bila-bila masa saja.
Sebaik-baiknya, asingkan daripadaguinea pig jantan sebelum tempoh
melahirkan.
Apabila cukup tempoh, guinea pig akan menarik anaknya
keluar dan memecahkan sendiri kantung yang berisi anak itu. Setelah itu, ia
akan membersihkan anak itu sebersih-bersihnya dan akan memakan uri yang keluar
bersama-sama bayi tadi. Jangan bimbang, ia adalah sesuatu yang biasa dan amat
baik untuk membantu penyusuannya nanti.
No comments:
Post a Comment