Tips-tips penjagaan arnab
Sekiranya anda mahu
membeli arnab pastikan arnab tersebut berumur lebih kurang 2 bulan (8
minggu).Meskipun arnab kurang comel pada masa ini,tetapi risiko kematian dapat
dielakkan.Ini kerana arnab muda masih memerlukan susu ibunya untuk mengimbangi
PH didalam perut arnab ini.Walaupun pada asasnya arnab berusia 2 minggu sudah
mula pandai makan & minum sendiri,tetapi pada hakikatnya ia masih perlu
bergantung pada bekalan susu ibunya.Ada juga sesetengah penternak mula menjual
hasil ternakan mereka pada usia 27 hari,45 hari dan 60 hari.Bergantung pada
permintaan.Sebaiknya dapatkan arnab dari peniaga yang arif dan seboleh-bolehnya
dapatkan juga tarikh lahir arnab tersebut kerana dari situ kita boleh tahu umur
sebenar arnab itu,kalau beruntung mungkin juga tarikh lahir arnab itu sama
dengan anda..boleh potong kek sama-sama.
Jangan menukar makanan
arnab sesuka hati kerana penukaran diet secara mengejut akan menyebabkan
cirit-birit.Sekiranya arnab anda diserang cirit anda cuma mempunyai masa lebih
kurang 6 jam sahaja untuk merawatnya.Andainya anda mahu menukar makanan arnab sila
campurkan makanan lama dengan yang baru dalam nisbah 1:3 .Tambahkan
makanan baru lebih sedikit dan kurangkan makanan lama keesokan harinya.Ulang
proses tersebut sehingga arnab boleh menerima makanan baru dan najis arnab
normal.
Sekiranya anda
memelihara lebih dari seekor arnab dan salah satu darinya diserang penyakit
sila asingkan secepat mungkin.Sekiranya kawasan anda luas asingkan dengan jarak
lebih kurang 10 meter.Andainya kawasan anda sempit cukuplah sekadar diasingkan
sangkar dengan sedikit jarak.
Arnab suka memasukkan
kakinya kedalam mangkuk minuman,kemudian akan minum balik air
tersebut.Sekiranya anda memberikan arnab anda minum menggunakan mangkuk
sebaiknya tukar minuman tersebut sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk
mengelakkan jangkitan virus.Bekas minuman tergantung adalah lebih baik,bersih
dan selamat.
Bulu arnab amat mudah
kotor.Sekiranya arnab anda kotor,jangan mandikan arnab tersebut,kekerapan
memandikan arnab akan menjadi punca serangan paru-paru berair kerana
paru-paru arnab amat sensitive.Sebaiknya lapkan sahaja bahagian yang
kotor.Sekiranya perlu memadai dengan menyembur dry shampoo sahaja.dry shampoo
boleh didapati di pet shop.
Jangan
pegang telinga arnab anda.Seelok-eloknya pegang belakang arnab seperti
memegang anak kucing.Elakkan perkara ini kerana telinga arnab amat sensitive
dan kebanyakan urat-saraf arnab terletak dibahagian ini.Tulang arnab amat
lembut dan mudah patah.
Arnab perlu diletakkan
ditempat yang sunyi,selamat,dan kurang lawatan manusia. Bunyi bising boleh
mengganggu pertumbuhan arnab.Sebaik-baik kandang adalah yang banyak menggunakan
dawai daripada kayu supaya najis & air kencing arnab terus jatuh ke bawah
dan mengelakkan najis dari tersangkut diatas kandang..Kandang dawai lebih mudah
dibersihkan.Gunakan dawai yang anti-karat.Kandang kayu pula agak susah
dibersihkan terutamanya percikan urine.Manakala kandang besi pula mudah karat
dan cara pembersihannya lebih susah.Seelok-eloknya bersihkan kandang anda
setiap hari.
Dapatkan sabut
kelapa dan berikan arnab anda menggigit sabut kelapa tersebut untuk
mengasah gigi.Sabut kelapa adalah sumber alkali untuk mencegah cirit
-birit,mengasah gigi dan meneutralkan asid usus.
Seminggu sekali anda
perlu groom arnab terutama yang berbulu gebu/tebal seperti anggora,English
anggora,lion head,teddy bear,woody toy,jersey wooley dan turkish
anggora.Caranya dengan membeli sikat arnab dan bedak baby johnson.Bulu arnab
perlu disikat dahulu untuk mengelakkan Hair Ball (rambut bergumpal).kemudian
sapukan bedak keseluruh badan arnab Selain wangi arnab anda akan nampak lebih
gebu.
MASALAH KESIHATAN ARNAB
Arnab muda
Jika arnab anda berumur kurang dari 6 minggu, dan terpisah dari
ibunya, masalah ini adalah kerana ia masih memerlukan susu dan cecal ibunya.
Kebanyakan kedai haiwan peliharaan menjual arnab muda yang berumur kurang dari
8 minggu dan kadang kadang kurang dari 4 minggu, kerana pada umur semuda itu
anak arnab kelihatan sangat comel dan dapat menarik pembeli untuk membelinya.
Malangnya banyak diantara arnab yang masih kecil ini mati disebabkan masalah
cirit birit. Pada umur ini anak arnab memang sudah pandai makan sendiri dan
minum sendiri. Walaubagaimana pun sistem penghadamannya yang masih muda, ini
masih memerlukan susu ibunya dan juga cecal yang dihasilkan oleh ibunya bagi
mengimbangi PH didalam perut muda yang menerima makanan solid, dan masalah
cirit birit tidak berlaku.
Diet & Pemakanan
Diet yang berserat rendah dan tinggi protein dan
karbihidratnya. Diet seperti ini membuatkan proses penghadaman menjadi
perlahan, dan menyebabkan perubahan PH dalam perut yang membolehkan bakteria
membiak dan menyebabkan cirit birit. Perubahan diet secara mengejut juga
boleh menyebabkan masalah ini. Oleh itu jika ingin memberi sayur sayuran atau
tumbuh tumbuhan kepada arnab, beri secara peringkat dan satu persatu, kerana
lebih mudah untuk dikesan jika cirit birit berlaku.
Pemberian Ubat Ubatan
Pemberian dose yang berlebihan sesetengah antibiotik
boleh membunuh bakteria baik yang diperlukan oleh arnab. Untuk jangka panjang
ini boleh melemahkan sistem imune arnab bagi melawan bakteria jahat dan
meningkatkan toxin dan cirit birit boleh berlaku. Antibiotik yang diambil
secara oral lebih mudah membunuh bakteria baik berbanding jika diberi
secara suntikan. Semasa memberi antibiotik, diet yang tinggi karbohidrat
(seperti memberi Grains dan buah) akan meningkatkan masalah cirit birit
berlaku.
Stress
Stress juga boleh menyebabkan cirit birit.
Jangkitan
Sebenarnya cirit birit hanya dan kerap berlaku
disebabkan faktor pemakanan atau diet dan juga pengambilan antibiotik yang
berlebihan. Cirit birit disebakan jangkitan sangat jarang berlaku. Bagi arnab
muda, cirit birit boleh disebabkan oleh jangkitan E.coli. Dan jangkitan oleh
Coccidia adalah lebih kerap pada semua arnab tidak mengira
umur.
Simptom Simptom
- Najis yang lebik dan tidak solid bercampur air dan berwarna hijau diperingkat awal.
- Arnab akan hilang selera makan dan kurang meminum air
- tidak banyak bergerak, dan mungkin mengelurkan bunyi berderam
- pada peringkat kritikal, najis yang keluar hanya lah seperti air berwarna putih kekuningan
- arnab hilang upaya dan lemah
- jika terlambat dan tidak dapat dirawat.. kematian boleh berlaku
Mengelakan
dari berlaku;
Secara ringkas bagi mengelakan cirit birit berlaku amat
mudah;
- Jangan pisahkan anak dari ibunya kurang dari 8 minggu.
- Beli atau dapatkan arnab yang hanya berumur sekurang kurangnya 8 minggu.
- Berikan diet yang tinggi serat paling mudah beri lebih banyak hay dari pallet
- Beri atau perkenalkan diet sayuran atau tumbuhan secara berperingkat dan satu persatu. Dan elakan memberi sayuran dan tumbuhan yang tumbuh liar dan beracun.
- Berikan antibiotik dalam dose yang disyorkan dan dalam jangka masa yang terhad. Dapatkan nasihat veterinar.
- Kurangkan membawa keluar arnab anda ke persekitaran atau kawansan yang boleh memberi impak stress kepada arnab anda.
- Jaga persekitaran dimana arnab anda ditempatkan bersih bagi mengelakan jangkitan.
Apa
Perlu Dilakukan;
- Segera dapatkan rawatan daripada Veterinar.
- Beri Hay sebagai 100% diet pada masa ini dan jika arnab anda masih mampu untuk makan.
- Elakan memberi makanan yang mengandungi kandungan karborhidrat yang tinggi, seperti; pellet tinggi protein, buah buahan tinggi gula dan Grains
- Penting untuk memastikan arnab yang mengalami cirit birit ini dalam keadaan bersih dan selela. Bersihkan bahagian punggung yang terkena nasjis, bagi memastikan ia tidak berbau yang boleh mengundang serangga seperti lalat menganggu.
- Jika terlalu kotor dan berbau.. basuhlah bahagian yang kotor sahaja dengan air tidak perlu memandikan arnab seluruh badan.
- Pastikan arnab anda minum banyak air yang bersih, ini bagi mengelakan arnab anda ternyahhidrat; atau anda boleh memcuba bancuhan ORT seperti dibawah dan diberi berterusan kepada arnab sehingga pulih dengan meletakan didalam botol atau mangkuk minumannya atau menyuapnya mengunakan Syringe.
- Berikan ORT kepada arnab anda sekerap yang mungkin, sehingga ia pulih dari cirit biritnya.
- Berikan ia hay dan juga sedikit Rolled Oat bukan yang segera ( hanya sesudu kecil) jika ada.
- Pastikan juga ia makan sedikit , sayuran yang dipuri atau makanan bayi yang dijual dipasaraya juga boleh turut membantu, dengan mengunakan Syringe suapkan makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
- Probiotics seperti Denes Probiotic + Powder adalah sangat membantu jika anda boleh mendapatkannya. Dicampur didalam makanan
- Selain itu Arsenicum album 30c drops atau Phosphorus 30c juga boleh mambantu. Mungkin boleh didapati dari veterinar atau Farmasi. Diberi terus secara oral.
No comments:
Post a Comment